Mendengar perkhabaran seorang sahabat di'mafsul'kan (dibuang) pelajarannya menyebabkan darah menyelirat dalam badan.
Ya Allah,besar sungguh dugaanMU pada dia. asbabnya hanyalah kerana  memimpin pelajar bagi menyuarakan pendapat dan suara rakyat Malaysia di  Mesir. Khususnya yang membabitkan tandatangan dan bukannya perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 julai baru-baru ini.
Al-Fadhil Ustaz Firdaus Bin Mazlan ( gambar )atau lebih senang dengan gelaran  Alang, telah mendapat khabar berita dari syeikhnya(guru) bahawa pihak  darul ifta'(kursus mufti) telah menerima surat dari KERAJAAN MALAYSIA  bagi membuang beliau daripada kursus mufti yang sudah diikuti semenjak 3  tahun yang lalu.
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menyambut haflah(grad)  dari kursus tersebut,hari ini beliau menerima perkhabaran yang amat  berat untuk diterima. Rata-rata sahabat-sahabat di sini menumpang  kesedihan atas kezaliman dan kekejaman yang berlaku.
Hanya kerana BERSIH, beliau diberhentikan pengajian...dimanakah hak kami  untuk menyuarakan pendapat? saya yakin,ini adalah permulaan bagi  tindakan yang dikenakan kepada pelajar2 di sini, di sana banyak lagi  ugutan-ugutan dan kecaman dari pelbagai pihak berkenaan penglibatan  kami,warga Malaysia di Mesir ni dengan BERSIH.
Nampaknya ini satu kejayaan buat BERSIH dan ianya satu 'signal' Kerajaan  Malaysia amat takut akan suara syabab Malaysia di timur tengah  khususnya Mesir ini, tidak hairanlah pelbagai usaha dilakukan dan  pelbagai momokan diberi kepada kami sebagai langkah untuk menyekat  kehadiran pelajar-pelajar baru ke mesir.
Moga Alang tabah dan ingatlah,anda tidak keseorangan dan beribu2 menanti untuk menuntut keadilan!
Takbir!
Credit to : permataperjuangan.blogspot

sabar je la...sy bersimpati..hnya gara2 bersih,,kamu didismiss kn..mungkin ada hikmah dsebalik kjadian....sekurg kurgnya kita tlh brusaha utk mnegakkan kadiln..jd,,utk mnegakkn keadiln,kita hrus mmadupadukn tnaga ank muda utk mnntg kzaliman dan ktidakadilan..hrp gnerasi kita pd hari ini dpt mmbntu org yg ingin mnegakkn keadiln dan sma2 brjuang2...insyaallah.
ReplyDelete