Tuesday, 23 August 2011

Pilihanraya: Mengapa Najib mengalah pada Muhyiddin


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsrOJMrR-bFEhhb4QIlGLI0Ebojp3ovg_f-QaSAe-yT2ELfozA5gb5QGoMD8ky93w7pZJVSFv7pOsotxTJ2mGkoXWaeyY5WWl0vNOn5TbbBc2nyt2wSeIRVw1fD0MjxxhyKqPkEeWKQfo/s400/najib-muhyidin_440x.jpg%22 

PETALING JAYA, 23 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menegaskan pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa dan tidak tertakluk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Pembaharuan Pilihan Raya.

  Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, setiap pelajar undang-undang dan Perlembagaan Malaysia tahu kuasa membubarkan Parlimen adalah tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Mengapa PM harus mengalah kepada TPM dalam hal ini?” soalnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

  Katanya, wujud sedikit harapan bahawa PM akan akhirnya menunjukkan kepimpinannya dan menjadikan Jawatankuasa Pilihan Khas itu sebagai warisannya kepada demokrasi Malaysia tetapi nampaknya harapan tersebut berkecai lagi.
“Beza Pakatan dan BN ialah jelas, Pakatan cakap serupa bikin dan BN pula cakap tak serupa bikin,” ujarnya.

  Pada 15 Ogos, katanya PM menegaskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas itu dibuat bagi memastikan pilihan raya akan datang akan dijalankan secara bersih dan adil tanpa boleh dipertikaikan mana-mana pihak.

  Beliau berkata, ini nampaknya ekoran nasihat penasihat-penasihat dan konsultan-konsultan mewah yang dilantik BN yang melihat kesan negatif cara PM menguruskan Bersih 2.0.
Tambahnya, tetapi penyakit ‘flip-flop’ terus menular dalam Jawatankuasa Pilihan Khas itu apabila Najib tunduk kepada Muhyiddin.

Hishamuddin patut ‘disekolahkan’ semula

WarkahDaily – Rusuhan di United Kingdom baru-baru ini telah dijadikan oleh pemimpin Umno-BN sebagai isu politik untuk menghentam Pakatan Rakyat (PR) dan pihak BERSIH 2.0 konon rakyat Malaysia harus bersyukur dan berterima kasih kepada pihak polis kerana perhimpunan aman BERSIH 2.0 tidak menjurus ke situasi rusuhan seperti yang berlaku di UK.

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Menurut laporan media alternatif, pemimpin Umno-BN dilihat menggunakan modal rusuhan di UK sebagai tindakan menghalalkan tindakan keganasan polis terhadap rakyat di perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lepas.

Walaupun seluruh dunia tahu akan keganasan ini, pemimpin Umno-BN terus-menerus mempertahankan tindakan ganas polis itu.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mendakwa polis bertindak tepat untuk menghalang himpunan BERSIH 2.0 bagi menjamin keamanan negara supaya tidak terjadi seperti di UK.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak turuk mempertahankan tindakan arahan kerajaan menyekat peserta himpunan BERSIH 2.0 daripada meneruskan himpunan.

Najib berkata tindakan berkenaan dijalankan bagi mengelakkan keadaan huru-hara yang sama (di UK) berlaku.

“Dalam demonstrasi jalanan tak ada jaminan semua yang masuk kumpulan itu terdiri daripada mereka yang ada niat untuk mengadakan demonstrasi aman.

“Tentu ada yang lain yang ada tujuan tidak baik akan tumpang semangkuk menyertai kumpulan itu.

“Bila ada demonstrasi jalanan besar-besaran, besar kemungkinan pecah kedai dan serang menyerang adalah sesuatu kemungkinan yang tak boleh kata tak akan berlaku,” katanya lagi.

Sebelum hangpa berdua nak komen dan nak samakan antara dua kejadian tu, perlu dinasihatkan hangpa berdua pi masuk sekolah balik, lepas tu belajar dulu (Tanya cikgu bahasa Melayu), apa maksud ‘rusuhan’ dan maksud ‘himpunan aman’.

Menurut setiausaha organisasi DAP Teresa Kok, kejadian di UK adalah rusuhan manakala perhimpunan aman BERSIH 2.0 mempunyai matlamat yang jelas dan telah dianjurkan secara terancang.

Yang mengganas di London adalah perusuh, sebaliknya yang bertindak ganas di Malaysia sewaktu perhimpunan aman BERSIH 2.0 adalah pihak polis.

“Di Kuala Lumpur, perhimpunan aman BERSIH 2.0 mempunyai matlamat yang jelas dan telah dianjurkan secara terancang.

“Agenda, tarikh dan waktu bersurai telah dinyatakan secara terus-terang buat pengetahuan pihak kerajaan, polis, media dan orang awam dari awal-awal lagi.,” katanya dalam satu kenyataan media yang dipetik dari Malaysiakini.

Sebaliknya, menurut Kok rusuhan di London itu berlaku secara rambang tanpa sebarang agenda yang jelas atau spesifik melainkan menimbulkan kekacauan dan keganasan.

“Ia menunjukkan bahawa beliau (Hishamuddin) tidak dapat membezakan di antara perhimpunan aman BERSIH yang bermatlamat murni mencapai pilihan raya bersih dan adil berbanding rusuhan bakar dan samun yang berlaku di UK,” kata Kok yang juga ahli parlimen Seputeh.

Ingat dah jadi menteri, cerdik sesangat dah, tapi rupa-rupa tak seperti yang disangka. Patut kena hantar depa ni ke sekolah semula, patut ajar balik penggunaan istilah yang tepat supaya orang ramai tidak dikeliru secara membuta-tuli oleh pemimpin seperti ini.

SPR memang pembohong dan penipu rakyat !!


Selepas BERSIH 2.0 dan generasi 709 dituduh penghasut, kominis dan dipersetamkan oleh polis yang bertindak kejam dan tidak bertamaddun terhadap peserta BERSIH 2.0, ketua BN/UMNO yang korup perdana menteri Datuk Najib bin Razak mengaku dan membuat kenyataan .....SPR memang ada kecelaruan dan perlu dibaikpulih dengan segera.

>Selama puluhantahun SPR dugunakan untuk menipu pengundi dan bersubahat dengan regim BN/UMNO untuk memberi kemenangan kepada kerajaan rasuah BN/UMNO.

Selama ini parti PAS, DAP, PKR dan insan yang peka dan cerdik politik melaporkan ketidakadlian dan berat sebelah SPR dicemuh oleh BN/UMNO dan pengampu bodoh BN/UMNO.

SPR adalah organ atau badan yang menjadi talibaraut BN/UMNO bermual dari ketua atau boss besar dan ketua negeri negeri menjadi pak turut yang tegar. Memang cukup besar dosa dosa pegawai atau ketua ketua SPR negeri. Memang ketua ketua SPR negeri dan boss besarnya angkuh dan sombong bila ditegur melenting bagaikan kera atau monyet kelaparan atau keadaan kenyang.

Najib dan BN/UMNO pun bersuara sehingga bakal menubuhkan satau badan bebas diparlimen. Sejauh mana kejujuran Najib dan BN/UMNO masih sangsi dan tidak percaya tindakkan Najib Razak.

Bukti dan sejarah di Malaysia setiap badan yang ditubuhkan atau dibentuk baik diparlimen atau kabinet oleh BN/UMNO tidak berfungsi dengan baik dan telus. Memang BN/UMNO korup kuasa dan korup wang.

Kita tunggu apa yang nahu dibuat oleh BN/UMNO dan Najib Razak terhadap pembaikkan SPR. Kami tetap SPR penipu dan perosak rakyat dan menjadi cawangan BN/UMNO selama 54 tahun. Sdarlah pegawai dan boss nya, kita yang hidup akan matai dan pegawai ketua SPR negeri dan pusat juga akan mati.

Warkahdaily.blogspot

Tuesday, 16 August 2011

Sita gereja: Blogger Umno tipu

KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan tuduhan blogger Umno, Papa Gomo kononnya beliau dan beberapa Adun Selangor mengarahkan pembatalan sita Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).

Menurut Khalid, Papa Gomo  dalam blognya menyiarkan surat palsu dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkaitan kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja tersebut baru-baru ini.Ia kononnya mengandungi bukti campur tangan Khalid, Nik Nazmi, Ronnie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong dalam operasi sita tersebut.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan pemalsuan yang dilakukan Papa Gomo itu hanyalah untuk beri gambaran buruk kepada Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Beliau juga berkata, Papa Gomo jelas tidak melakukan persediaan sebelum melakukan penipuan apabila menyatakan lokasi GMDU terletak di Damansara Utama sedangkan lokasi sebenar rumah ibadat itu adalah di Seksyen 13, Petaling Jaya.

"Papa Gomo kata MBPJ menerima aduan daripada seorang penduduk Damansara Utama tapi yang sebenarnya gereja itu di Seksyen 13 Pataling Jaya. Nampak sangat tak study betul-betul," katanya.
Sehubungan itu, beliau bersama-sama MBPJ membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya petang ini meminta satu siasatan dijalankan terhadap Papa Gomo.
 
HARAKAH DAILY- 16/8/2011

Bukti Pakatan Rakyat lagi hebat dari BN


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pemberian bonus minimum RM600 untuk kakitangan awan negeri itu.

Kira-kira 7,800 kakitangan awam daripada badan berkanun, majlis tempatan dan jabatan kerajaan di Pulau Pinang, akan menerima bonus tersebut.

Lim (gambar) berkata guru Kafa (al-Quran dan Fardhu Ain) pula akan dibayar minimum RM300 duit raya.

Menurutnya, jumlah tersebut adalah bersamaan dengan setengah bulan bonus bagi mereka yang berpendapatan kira-kira RM1,000 sebulan. (Mereka yang bergaji lebih, akan mendapatkan bonus yang lebih tinggi.)

Kerajaan negeri itu akan membelanjakan kira-kira RM3 juta untuk bayaran bonus, kata Lim, yang juga setiausaha agung DAP.

Ini berikutan pengumuman kerajaan persekutuan dua hari lalu bahawa kakitangan awam akan mendapat minimum RM500 'duit raya'.

"Kita bagi tambahan RM100," kata Lim dalam sidang akhbar hari ini.

"Ini sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada kakitangan awam dam guru Kafa," katanya. -TKO

Monday, 15 August 2011

Di sebalik fatwa larang baca Al Quran


Pulau Pinang memang mendapat perhatian yang cukup meluas sejak 2008 tapi malangnya tumpuan media ke Pulau Pinang lebih berniat malafide dan kadang-kadang berbaur fithan dan pembohongan. Paling menarik isu Pulau Pinang ialah berligar di sekitar isu Melayu dan Islam di Pulau Pinang dengan mesej perkauman yang rumusannya ialah tentang penindasan kerajaan Dap ke atas orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang.

Terkini ialah isu larangan membaca Al Quran dengan menggunakann pembesar suara dari corong mesjid dan surau. Sememangnya telah diduga keputusan dari Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang tentang isu ini akan mengundang kontraversial dan pastinya menjadi bola tanggung bagi Umno dan sekutunya untuk membidas dan melibas kerajaan negeri mengikut tema serangan media yang sudah ditetapkan oleh sutradara-sutradara di Putrajaya.

Tidak sukar untuk mengenali modus operandi media perdana yang bertaraf longkang di Malaysia ini kerana gaya pemikiran mereka mendatar dan mudah dibaca, apatah lagi latarbelakang perundangan yang mencengkam pengamal media perdana hari ini menyebabkan media di Malaysi tidak berada pada tahap kebebsan yang sepatutnya.

Apapun isu ‘larangan membaca Al Quran dari corong pembesar suara mesjid dari pejabat Mufti Pulau Pinang sekali lagi akan menjadi mangsa media yang bagai harimau lapar menanti sahaja peluang yang ada untuk menyerang mangsanya.

Saya memulakan penulisan ini dengan menyentuh pihak media kerana merekalah yang bertanggungjawab untuk mengkaburkan keadaan dan mengeksploitasikan keadaan untuk melaksanakan agenda menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang. Saya kesal kerana isu pokok pandangan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang dalam kes ini telah dikaburkan manakala tambahan ‘rempah ratus’ menyedapkan golongan pemfitnah terus digembar-gemburkan sehingga asal permasalahan diabaikan. Ini sesuatu yang tidak adil kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang dipesongkan niat asal keputusan itu dibuat.

Saya melihat isu ini dalm perspektif yang objektif kerana asas keputusan itu dibuat jauh dari sebarang kepentingan politik atau campurtangan politik. Kedua, keputusan itu dibuat mengikut kerangka dan proses kerja Jabatan Mufti dan bukan dalam kerangka Exco Agama Pulau Pinang dan jauh sekali Pejabat Ketua Menteri.

Dari awal lagi asas keputusan dibuat tiada unsur kepentingan pentadbiran kerajaan negeri. Jabatan Mufti bertindak di atas kes aduan yang dibuat dan Jawatankuasa Fatwa akan berbincang dengan bantuan unit penyelidikan di Jabatan Mufti dengan merujuk kepada kes yang diadukan.

Dalam hal ini kes yang diadukan ialah hukum penggunaan pembesar suara yang memperdengarkan ayat-ayat Al Quran dari corong mesjid dan surau. Aduan ini juga beralasankan bahawa perbuatan itu ‘mengganggu’ suasana sekeliling. Jawatankuasa Fatwa bersidang bagi menjawab persoalan ini. Dorongan keputusan di sini jelas datang dari proses biasa apabila sesuatu kes diadukan untuk mendapatkan hukum Islam dalam hal ini.
Kerakusan media ‘membelasah’ pandangan ini melalui kenyataan-kenyataan yang provokatif telah memburukkan institusi pembuat keputusan dalam Islam dan kedudukan Mufti sendiri sebagai Penasihat Raja-Raja Melayu. Apakah kerana kenyataan keputusan ini datang dari Pejabat Mufti Pulau Pinang maka ia tidak perlu dihormati? Apa bezanya institusi Mufti Pulau Pinang dengan yang lain?

Mengapa Perlis yang sudahpun membuat keputusan larangan ini tidak kecoh dan heboh? Mengapakah Perlis tidak dilabel sebagai negeri yang mahu ‘meminggirkan Islam’ dengan larangan ini, sedangkan Pulau Pinang dicop demikian. Apa beza larangan yang dibuat oleh Pejabat Mufti Perlis dengan yang di Pulau Pinang?
Adapun beberapa pihak yang mendakwa bahawa YDP Agung tidak dirujuk, mereka jahil tentang proses sesuatu keputusan dibuat. Apa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang hanyalah pendapat tentang hukum kes yang dirujukkan, ia belum menjadi fatwa selagi tidak dipersembahkan kepada Agung dan selalunya Agung akan menghormati keputusan Mufti yang lebih arif tentang hukum hakam Islam.
Jawatankuasa Fatwa yang meneliti kes yang dirujuk tidak perlu berbincang dengan YDP Agung, hanya setelah hendak diwartakan barulah perlu mendapat perkenan Agung. Sehingga kini status keputusan hanyalah di peringkat Jawatankuasa dan tidak boleh dikuatkuasakan walaupun tanggungjawab pihak yang terlibat ialah mengormati keputusan.

Merujuk kepada soalan mengapa Fatwa Kebangsaan tidak dimaklumkan, ia adalah satu lagi kejahilan pihak tertentu tentang proses dan hubungan dengan Fatwa Kebangsaan. Sama kesnya dengan Isu “Pengharaman Poco-Poco” Fatwa Kebangsaan tidak dimaklumkan awal tentang keputusan itu, hanya setelah dibincangkan Fatwa Kebangsaan menolak tetapi menghormati keputusan Mufti Perak.

Maknanya penerimaan atau penolakan Majlis Fatwa Kebangsaan terpulang kepada Muzakarah yang dibuat dan jika ditolak ia hanya di peringkat kebangsaan sahaja dan Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan negeri masing-masing. Mengapa peraturan ini tidak dipakai untuk kes keputusan Mufti Pulau Pinang?

Saya belum sempat lagi menulis tentang dalil keputusan larangan yang bagi saya cukup syar’ie dan ada dalil yang kukoh dan perlu dihormati. Janganlah kita kerana tenggelam dengan garis politik sempit dan dendam sanggup membutakan mata kita dengan perkiraan syari’e yang menjadi asas kepada setiap perkara dalam tindak tanduk kita. Malangnya orang Melayu sendiri yang memperbodohkan diri mereka dalam isu ini sehingga tersingkaplah wajah mereka sebenarnya yang kononya menjadi pembela Islam tetapi untuk Pulau Pinang mereka membelasah institusi Islam semahu-mahunya! Saya amat menyokong pandangan Mufti dan syabas kerana berani berkata benar walaupun pahit. – Sumber Harakahdaily 

Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar yang juga Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat..

Najib makin gagal Muhyiddin makin mara



Datuk Seri Najib Razak, yang menerajui tampuk kepimpinan sejak April 2009, berhadapan dengan risiko dilihat menjauhkan diri daripada pendirian sederhana atau pertengahan jika beliau gagal menunaikan inisiatif pembaharuan dan terus cuba “memuaskan” anggota sayap kanan.

Penganalisis-penganalisis mendakwa Najib (gambar) sudah mula bergerak daripada kedudukan pertengahan beliau sejak menjadi perdana menteri dan tidak begitu tegas dalam melaksanakan dasar-dasar sehingga seolah-olah menggambarkan penyandang sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kelewatan dalam pembaharuan ekonomi, kurang penekanan ke atas Model Baru Ekonomi (MBE) selain ketidakcekapan mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, adalah contoh Perdana Menteri didakwa kini memihak dalam memenuhi kehendak sayap kanan dan juga ahli-ahli dalam Umno sendiri.
“Dalam jangka panjang Najib bergerak ke kanan dan berhadapan dengan risiko besar. Bukan setiap orang menyokong sentimen anggota sayap kanan.

“Ini membuktikan kebenaran hujah bahawa Najib bergerak daripada tengah.


Meskipun adanya cadangan pembaharuan dan cuba mendekati komuniti bukan Melayu, kesemua ini adalah tarikan keluar,” kata pengarah eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian.

Ibrahim juga percaya bahawa tiada banyak perubahan wujud sejak Najib memperkenalkan program pembaharuan kerajaan dan hasilnya belum belum turun ke peringat bawahan.

Kata beliau, ekonomi negara merupakan faktor asas yang akan menentukan sokongan masa depan khususnya ketika pilihan raya umum ke-13 yang pertama bagi Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Justeru katanya, keadaan ekonomi yang kurang selesa sekarang tidak membantu usaha pentadbiran Najib.

Ibrahim menambah, Najib berusaha untuk mempertahankan sokongan semasa tetapi beliau tidak boleh menggerakkan pembaharuan atas kos asas sokongan orang Melayu dalam Umno itu sendiri.


Dengan merujuk kepada perhimpunan Bersih 2.0, Ibrahim berkata, Najib seharusnya mengambil pendekatan lebih sederhana dan membenarkan ruang kepada mereka yang mahu memberikan suara berbeza.

“Beliau perlu dilihat sebagai perdana menteri kepada kesemua rakyat Malaysia,” kata Ibrahim.


Dalam pada itu, ahli akademik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Faizal Hazis juga berpandangan bahawa meskipun Najib menjanjikan pentadbiran kerajaan yang bersifat sederhana dan tengah tetapi nampaknya kurang iltizam di pihak Perdana Menteri dalam melaksanakan rancangan beliau.
“Dalam usaha menenangkan kesemua parti, Najib bergerak jauh daripada pendirian bersifat tengah,” kata beliau.

Malah katanya, “tiada iltizam yang kuat untuk berjaya dalam inisiatif beliau, khususnya di pihak Umno.”

Menurut beliau, contoh yang paling jelas ialah keengganan Najib, yang menggerakkan Gagasan 1 Malaysia, untuk mengatakan sama ada beliau mengutamakan pendirian “saya rakyat Malaysia terlebih dahulu” — pendirian berbeza diambil oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah).

“Respons Najib yang tidak menjawab persoalan mengenai ‘saya rakyat Malaysia terdahulu’ adalah respons yang lemah,” kata beliau sambil berkata Najib berhadapan dengan tekanan daripada anggota yang bersifat sayap kanan dalam Umno sendiri dan berusaha untuk memuaskan mereka.

“Kemungkinan Najib melihat pengaruh itu sebagaimana dilalui Pak Lah (Abdullah),” kata Faizal.

Sehubungan itu, penganalisis ini berkata Najib perlu melaksanakan inisiatif-inisiatif asal yang digariskan di bahawa MBE, yang menjadi asas kepada sokongan kuat ke atas kepimpinannnya dua tahun lalu.

“Itu yang rakyat lihat dan mereka menyokong beliau. Tetapi, secara berperingkat-peringkat kumpulan seperti Perkasa dan dalam Umno sendiri menyebabkan rancangan pembaharuan terganggu.

“Beliau melangkah ke belakang daripada melaksanakan (matlamat) MBE, yang awalnya untuk semua kaum. Ia tidak menunjukkan beliau serius mengenai perubahan,” kata beliau lagi.