Monday 31 October 2011

MAHATHIR MUDAH LUPA !!! Ghaddafi di Libya disuruh bicara jangan bunuh, tapi Ibrahim Libya dibunuh tak bicara

" Suatu yang "kebetulan". Gaddafi adalah orang Libya manakala Assyahid Ustaz Ibrahim Mahmud di kenali dengan Ustaz Ibrahim Libya sempena arwah pernah menuntut ilmu di bumi Umar Mokhtar itu.

Keduanya telah meninggal dunia. Assyahid meninggal di bumi kelahirannya Memali kira-kira 26 tahun yang lampau 19 November 1985. Manakala Gaddafi baru sahaja meningga juga dibumi kelahiraannya Sirte 2 minggu yang lalu.

Keduanya dibunuh. Gaddafi dibunuh oleh rakyatnya sendiri manakala Assyahid dibunuh oleh Kerajaan Malaysia yang ketika itu PMnya Dr Mahathir, Menteri KDNnya Musa Hitam dan IGPnya Hanif Omar..

Keduanya dibunuh tanpa melalui proses keadilan yang sewajarnya. Tidak dibicarakan dan dibawa ke mahkamah untuk mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan. Proses "keadilannya" ialah tembak !

Cuma yang bezanya ialah Gaddafi ada rekod kejahatannya iaitu membunuh ribuan rakyatnya sendiri. Manakala Assyahid Ustaz Ibrahim Libya "dosa"nya hanya mengajar ilmu agama kepada orang kampung dan menentang ISA. Itu sahaja.

Apabila Dr Mahathir menyatakan tidak wajar Gaddafi dibunuh dan beliau patut ditahan dan dibicara terlebih dahulu maka kita tertanya-tanya adakah Dr Mahathir seorang yang "waras" dan berlagak dialah seorang yang memperjuangkan keadilan?

Bagaimana dengan Peristiwa Memali? Sehingga kini, tiada ucapan maaf secara terbuka dari Mahathir, Musa Hitam dan Hanif Omar.

Tanda seseorang itu telah mencapai tahap kembali semula ke "alam bayi" ialah apabila dia "menjilat kembali kahak hijaunya" tanpa disedari! Itulah Mahathir".

PELURU UMNO!!! Tak patahkan semangat pun

Pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari hadir di ibu pejabat Polis Daerah Gombak di Kuala Lumpur bagi memberi keterangan berhubung sebutir peluru dan nota ugutan yang diterimanya pagi semalam. 

Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi semalam peluru dengan nota ugutan yang tertulis "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti" itu, dihantar melalui pos ketika beliau mahu pulang ke rumah mertuanya di Taiping Perak.
 

"Saya telah membuat laporan semalam di Balai Polis Taiping dan hari ini saya datang untuk memberi keterangan lanjut...pihak polis telah mengambil peluru tersebut untuk siasatan," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan itu hari ini
 


Abdul Aziz berkata ugutan yang diterima tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tugas seperti biasa dan beliau yakin mungkin ada segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan komen beliau terhadap titah Sultan Selangor baru-baru ini.

Tindakan Abdul Aziz mempertikai titah Sultan Selangor dibantah beberapa pihak, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan keengganan pensyarah itu meminta maaf sebagai 'kurang ajar'.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan polis Abdul Aziz pada pukul 7 petang semalam dan kes disiasat mengikut seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah.

Beliau berkata motif ugutan masih lagi disiasat dan mengesahkan jenis peluru yang digunakan ialah jenis caliber 9mm. 

Sunday 16 October 2011

RM 9.4 BILION!!! Hutang Pusat kepada Kelantan, itu pun berlagak dengan Bajet Hutang 2012 - Husam Musa

KOTA BHARU–Putrajaya perlu men jelaskan hutang tertunggak RM9.4 bilion kepada Kelantan, mencakupi hasil royalti minyak dan pampasan tanah yang diambil untuk dijadikan kawasan Taman Negara. 

Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata, anggaran hutang merangkumi RM7 bilion bagi hasil royalti minyak dan RM2.4 bilion bagi pampasan kawasan Taman Negara.
 

"Jumlah itu besar dan Kerajaan Pusat sepatutnya bertanggungjawab dengan perkara ini," katanya semasa menjadi berucap di Majlis Forum Rakyat di Balai Islam di sini, yang turut dihadiri Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

 
Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, tuntutan di Taman Negara melibatkan kawasan 1,043 kilometer persegi termasuk kawasan hutan.
 
"Berdasarkan kajian awal tuntutan itu ada asas, berikutan kerajaan kehilangan nilai sewa ekonomi terlepas kerana hutan balak daripada hutan kekal tidak dibenarkan dengan nilai bersih terkini iaitu RM1.2 bilion.
 

"Asas kedua adalah pulangan terlepas bagi menerokai sektor perladangan kelapa sawit dengan nilai bersih terkini RM585 juta seluruh kawasan.
 
"Manakala, bagi komoditi getah untuk lateks dan balak pula, kerajaan kehilangan yang dianggarkan bernilai RM353 juta, manakala ladang getah hutan kini bernilai RM242 juta," katanya di hadapan 1,000 penyokong Pakatan Rakyat.SH

BAJET HUTANG !!! Najib dah kantoi


Memang sah Bajet 2012 Najib penuh dengan unsur-unsur penipuan 


Sudahlah Dewan Rakyat bersidang dalam keadaan laporan Ketua Audit Negara disorokkan walhal dah lama siap kata ketuanya Ambrin Buang, sekarang satu lagi tembelang Najib dikantoikan


Kunun nak kawal spekulasi harga rumah, tapi sebenarnya menipu rakyat yang nakkan rumah dan bukannya yang jual beli rumah nak buat untung 


Sebab tu kadar pinjaman rumah yang dibenarkan naik dari RM220 ribu jadi RM400 ribu 


Maknanya jika kadar faedah (bunga) sekitar 4.75 peratus pun dengan BLR sekarang 6.3 peratus, untuk beli rumah yang harganya RM400 ribu, pembeli kena bayar sampai RM2,086 sebulan sampai 30 tahun 


Syarat bank pulak, kalau pendapatan kurang 1/3 dari bayaran bulanan, bank tak boleh bagi pembeli beli rumah 


Sudahlah kena bayar deposit 10 peratus, mana nak cekau 


Jadi macam mana nak beli rumah kalau gaji pun setakat RM3,000


Siapa yang ada duit boleh la buat pembelian spekulatif yang memang sengaja buat untung naikkan harga masa rumah tengah buat dalam 2-3 tahun


Maknanya tak ada pembeli golongan sederhana dan rendah yang mampu beli rumah sebab Najib buat dasar macam tu


Nampak tak Najib menipu 1Malaysia 


Kalau tak paham jugak cuba tanya orang jual rumah berapa harga rumah sekarang, gila ke tak


JALAN PULANG
 

Persatuan Pembeli-pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) mendakwa perdana menteri telah bertindak dengan “tidak bijak” dalam soal pelaksanaan cukai keuntungan hartanah (RPGT) memandangkan kadar baru yang diumumkan menerusi Bajet 2012 itu hanya akan menyebabkan harga hartanah terus naik.

Setiausaha Agung HBA Chang Kim Loong berkata, ini kerana kadar yang telah dikaji semula itu hanya mempunyai impak kecil ke atas spekulator jangka pendek yang mengharapkan keuntungan, sebaliknya akan mengakibatkan kenaikan dalam pelaburan hartanah bersifat spekulatif.

Katanya, Persatuan Pemaju-pemaju Hartanah (Redha) menyambut baik kenaikan RPGT daripada lima kepada 10 peratus bagi rumah-rumah yang dijual dalam tempoh dua tahun selepas dibeli, 
tetapi menegaskan pendekatan baru ini tidak bermakna ke atas spekulator jangka pendek yang mahu mendapatkan keuntungan.

Chang memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah betul dalam memastikan setiap rakyat boleh memiliki rumah, tetapi kelihatan beliau juga mendengar input daripada kumpulan-kumpulan perniagaan yang mempunyai kepentinagn dan agenda sendiri.
 

Dalam satu kenyataan kepada media semalam, kata Chang, adalah sesuatu yang malang apabila perdana menteri tidak diberi nasihat yang betul mengenai situasi yang sebenar.
 

“Justeru kata beliau, rakyat pula boleh menjangkakan kenaikan dalam pelaburan hartanah spekulatif, yang akhirnya akan menaikkan lagi harga.
 

Chang berkata hartanah biasanya tidak dibenar untuk dijual ketika masih dibina, yang mengambil masa antara dua hingga tiga tahun, dan oleh itu, menaikkan RPGT daripada lima kepada 10 peratus adalah sesuatu yang tidak bermakna.
 

Katanya, jika pentadbiran Najib mahu mengawal spekulasi, kadar yang diumumkannya perlu dikaji semula.
 

Ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kadar tetap RPGT yang rendah iaitu lima peratus didapati tidak begitu berkesan untuk membendung aktiviti spekulasi dalam pasaran hartanah yang mana jika tidak dikawal akan memberi tekanan kepada harga hartanah.
 

“Situasi ini dalam jangka masa panjang akan menjejaskan kemampuan golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah.
 

“Bagi menangani masalah ini, kerajaan mencadangkan kadar RPGT dikaji semula,” kata Najib’.
 

Bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan sehingga dua tahun, kadar RPGT adalah 10 peratus manakala hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun, kadar lima peratus dikekalkan.
 

“Bagi hartanah yang dilupuskan selepas lima tahun pula, RPGT tidak dikenakan. Saya yakin, kadar RPGT yang masih rendah ini tidak menjejaskan pemilik hartanah tulin dan sekali gus dapat mengawal aktiviti spekulasi dalam sektor hartanah,” katanya.
 

Semalam, Najib melancarkan eksesais pengundian pertama Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Kompleks Kejiranan, Precinct 11, Putrajaya.
 

Sejumlah 560 unit rumah mampu milik telah mencatatkan lebihan langganan 13 kali dengan lebih 7,000 permohonan diterima, yang mana 84 peratus ialah pembeli rumah kali pertama.

ZUL KULIM JANGAN LARI!! Aziz Bari sedia berdebat bila-bila masa

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/aziz-bari-july29.jpg


KUALA LUMPUR, 16 Okt — Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata beliau sedang mengkaji dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan media lain yang menurut beliau telah memutar belit kenyataannya tentang titah Sultan Selangor mengenai isu Gereja Methodist Damansara Utama.
Kata pakar perlembagaan ini, pihak-pihak terbabit sepatutnya mengulas dan menganalisis pendapat beliau, bukannya menuduh “derhaka” dan meminta pengurusan Universiti Islam Antabangsa (UIA) mengambil tindakan ke atasnya.

“Saya tidak pernah menafikan kuasa Sultan sebagai ketua agama; malah saya akui kuasa itu. Saya hanya komen bagaimana kuasa itu digunakan,” kata pensyarah UIA ini dalam satu kenyataan hari ini.
Aziz berkata di bawah undang-undang Malaysia tidak ada konsep derhaka atau kurang ajar.


“Hanya Thailand yang mempunyai undang-undang ‘lese majeste’ yakni undang-undang yang menghukum mereka yang menghina raja,” katanya.
“Tuduhan derhaka dan kurang ajar itu mahu memprovokasi masyarakat supaya membenci saya. Mereka juga putar belit kenyataan saya kononnya saya enggan minta maaf,” kata beliau lagi.


“Apa salah saya? Dengan siapa saya hendak mohon maaf? Saya hanya beri komen tentang satu perkara yang dalam bidang kajian dan pengetahuan saya,” kata beliau sambil menambah, “menuduh saya derhaka tentunya tidak logik kerana saya telah banyak menulis mengenai raja berperlembagaan di Malaysia.”


“Tesis PhD saya berjudul The Development and Role of Constitutional Monarchy yang dikemukakan kepada Universiti Birmingham, England menghurai pelbagai kuasa raja termasuk dalam aspek agama.
“Saya kemudian menerbitkan buku bertajuk Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan Di Sisi Perlembagaan pada 2002 yang dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Saya juga menulis satu-satunya huraian mengenai kuasa agama raja-raja dalam buku saya Islam dalam Perlembagaan Malaysia (2005),” katanya lagi.


Oleh itu soal beliau, “logikkah saya, dengan tulisan yang begitu banyak, hendak derhaka dan biadab kepada raja-raja?”
Sambil menegaskan beliau telah memulakan kajian ini sejak 1991, Aziz menambah, “orang-orang seperti Senator Ezam (Mohd Nor), (Pengerusi Pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor) Hamidzun Kamarudin dan (Ahli Parlimen) Datuk Zulkifli Noordin elok duduk dan baca buku.”
“Jangan mengarut dan menyesatkan orang lain,” katanya lagi.
Aziz juga berkata beliau difahamkan sebuah stesen webTV hendak menganjurkan debat antara saya dengan Zulkifli dan beliau bersedia bila-bila masa.


“Saya harap Zul jangan lari dan jangan hanya berani dalam Parlimen sahaja. Dia cabar saya supaya berhenti UIA dan masuk politik.
“Saya tak minat politik. Saya hanya mahu berkongsi dengan masyarakat apa yang saya kaji selama ini,” katanya.


Baru-baru inini, Ezam menggesa agar portal berita MalaysiaKini dan Aziz disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 atas alasan mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama.


“Aziz Bari telah berlaku biadap dan derhaka kepada Institusi Raja Melayu dengan menghasut orang ramai untuk membenci institusi Raja-raja Melayu.


“Kenyataan Aziz ini dikeluarkan oleh laman portal MalaysiaKini,” kata Ezam selepas membuat laporan polis di Shah Alam.
Katanya, Aziz dan MalaysiaKini menunjukkan sikap biadap, kurang ajar, dan melampaui batas yang dipercayainya perbuatan terancang dan mempunyai agenda jahat disebaliknya.


Aziz dipetik berkata tindakan Sultan Selangor untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja itu bukan sesuatu tindakan yang biasa terjadi.


Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.


Beberapa Ahli Parlimen membidas Aziz kerana kenyataannya.
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, pensyarah UIA itu wajar dikenakan tindakan kerana kenyataannya seolah-olah tidak menghormati sultan sebagai ketua agama Islam.


Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mencelah perbahasan Bung Moktar turut bersetuju bahawa tindakan perlu dikenakan terhadap Aziz kerana menyifatkan banyak kenyataan dan tulisan pensyarah itu mengelirukan rakyat selain bersifat partisan.


Pandangan sama dikongsi Zulkifli, wakil rakyat Kulim-Bandar Baru, yang secara sinis menyifatkan tindakan itu tidak seharusnya dilakukan oleh seorang yang menggelarkan dirinya sebagai “pakar perlembagaan”, kerana menurutnya kuasa sultan dalam hal telah jelas termaktub mengikut Artikel 47 dan 48 Perlembagaan Persekutuan.


Ruangan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia, akhbar keluaran Utusan Malaysia hari ini berkata, pihaknya tidak terkejut dengan kenyataan Aziz mempersoalkan titah peringatan Sultan Selangor berhubung isu cubaan memurtadkan orang Islam.


“Ramai tahu siapa sebenarnya Abdul Aziz. Awang bukan mahu membuat tuduhan liar tetapi ia sudah menjadi rahsia terbuka sebagaimana yang didedahkan oleh Zulkifli Noordin.


“Kecenderungan politiknya kepada pembangkang cukup jelas. Pensyarah hebat seperti Aziz akan selalu mencari kewajaran untuk menjayakan misi politiknya,” kata ruangan itu hari ini.

Sunday 25 September 2011

‎6 sebab hudud belum sesuai untuk malaysia - Najib Tun Razak

 6 sebab hudud belum sesuai untuk Malaysia


1- Pencuri / penipu duit rakyat takut kena hukuman 

2- Pemilik / pemegang saham / kilang arak / kasino takut hukuman

3- Tiada hak istimewa untuk kroni Rosmah

4- Haramkan ISA ,EO , akta hasutan

5- tak cukup saksi untuk kes liwat 

6- MCA dan MIC akan keluar Barisan Nasional.


Hudud: Kenyataan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim

Saya tegaskan bahawa Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan Perubahan buat rakyat negara Malaysia. Oleh kerana itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama kesemua wakil dari parti komponen serta keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama.
Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka. Saya sendiri telah merujuk ke mahkamah syariah berkaitan tuntutan qazaf, dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah pula menghalang.
Hakikatnya hanya Menteri Hal Ehwal Agama Umno yang bertindak menghalang saya dari meneruskan tuntutan qazaf tersebut. Selain itu Dato’ Jamil Khir terpalit dengan tuduhan bahawa beliau menggunakan dana zakat bagi membiayai kos guaman kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam tuntutan Qazaf saya.
Permuafakatan Pakatan Rakyat bukanlah suatu bentuk usahama seperti Umno-BN yang sekadar mahu mendapat laba politik sehingga menafikan hak serta suara mereka yang tidak sehaluan.
Berkaitan hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud, saya berpandangan kita sewajarnya menghormati keputusan tersebut, namun pastinya ia tertakluk kepada beberapa perkara. Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua.
Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua. Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut.
Sebagai seorang Muslim, pastinya saya menjunjung tinggi perintah Allah SWT serta pesan-pesan Nya yang terkandung di dalam Al Quran.
Apabila ditanya, apakah pandangan saya mengenai hudud di Malaysia dan isu berkaitan undang-undang syariah serta perlaksanaannya oleh mahkamah syariah di negara ini, jawab saya, dalam konteks masyarakat Malaysia, kita semua tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Oleh kerana itu perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua.
Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi. Saya menasihati rakan-rakan untuk meneliti kenyataan saya ini berasaskan muafakat yang tertera dalam Buku Jingga:
“Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.”
Namun apa yang saya kesalkan adalah hipokrisi Umno-BN memperalatkan isu hudud ini sebagai permainan politik. Pimpinan Umno-BN tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak bulat-bulat malah mempersendakan peranan undang-undang syariah serta beberapa pesan yang dianggap sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW. Media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif.
Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat.
Waima mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam, manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat.


Friday 23 September 2011

'MB Haram' belasah tanah rakyat

Menyedari Perak bakal tumbang,
cepat-cepat rompak tanah rakyat

Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abd Kadir bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat tentang skandal hutan seluas 74 hektar di Belum-Temenggor Forest Complex (BTFC) serta kelulusan 68,503 ekar tanah negeri sejak merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat pada Februari 2009.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham berkata, aktiviti pembalakan juga berleluasa, termasuk di Segari dan Beruas.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata, menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Perak Datuk Nik Mohd Shah Nik Mustafa, kerajaan negeri Barisan Nasional telah meluluskan aktiviti pembalakan di hutan seluas 74 hektar itu sejak merampas kuasa dari Pakatan.


Menurut laporan mStar, Nik Mohd dipetik sebagai berkata, “Kawasan itu adalah milik kerajaan negeri.


Jadi kerajaan negeri mempunyai kuasa terhadap apa jua rancangan pembangunan di kawasan itu.”


Manakala berdasarkan sumber dalaman Ngeh, Zambry dikatakan telah pun meluluskan sejumlah 68,503 ekar tanah sejak rampasan kuasa hingga Julai tahun ini yang mana 60,561 ekar tanah itu telah diluluskan untuk sektor industri atau pertanian.


Zambry sebelum ini telah membuat kenyataan akhbar mendakwa beliau tidak mengetahui tentang perkara itu dan beliau telah memberi arahan untuk menyiasat sedalam-dalamnya mengenai aktiviti membersihkan hutan tersebut.


Bagaimana pun menurut Ngeh, Zambry sentiasa mengelak dari menjawab berhubung isu Hutan Belum ketika dalam sesi Dewan Rakyat.


Tambah Ngeh yang juga Adun Sitiawan, kroni-kroni yang terlibat dalam aktiviti itu dijangka mendapat keuntungan RM900 juta, melebihi bajet kerajaan negeri, iaitu cuma RM800 juta.


Menurut Ngeh, ketika Pakatan Rakyat memerintah, tanah-tanah simpanan hanya diberikan kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah dan miskin sahaja, tanpa dilayan mana-mana kroni.


“Semua tanah yang diluluskan untuk pertanian komersial akan melalui tender terbuka yang semestinya akan meraih keuntungan yang tinggi bagi rakyat, bukan seperti apa yang terjadi pada Hutan Belum,” katanya.


Ngeh mendakwa apa yang Zambry dan kroni-kroninya lakukan ialah meraih untung sebanyak mungkin kerana mereka tidak yakin BN akan mampu mengekalkan kuasa yang dirampas daripada Pakatan.


“Oleh itu, beliau dan kroni-kroni beliau cuba meraih sebanyak mungkin keuntungan sebelum pilihan raya umum ke-13 yang akan datang,” katanya.


Namun, beliau menganggap Zambry tidak bertanggungjawab kerana akan meninggalkan pelbagai masalah kepada rakyat Perak dan kerajaan Pakatan selepas PRU ke-13 nanti semata-mata kerana sikap tamak mereka.